Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PRK Kajang: BN Pegang Prinsip 'Lawan Tetap Lawan' - Zahid

$
0
0
MSTAR ONLINE


Ahmad Zahid.
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) memegang prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

"Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.

"Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, LeeChin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Januari lepas dan sehari selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum sebagai calon pada PRKberkenaan. - BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722