Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Sharifah Aini Banyak Bantu Saya" - Julie Dahlan

$
0
0
alt
 
RAKYAT NEWS
 
 
Penerbit dan pelakon veteran Julie Dahlan yang menderita sakit buah pinggang mengakui biduanita Sahrifah Aini ada menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos rawatannya.
 
Julie yang menderita sakit buah pinggang itu mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April tahun lalu dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM600 sebulan.
 
"Saya ada sedikit duit simpanan untuk belanja dan kalau tidak cukup saya berhutang hingga dapat duit telefilem yang saya terbitkan, baru saya bayar balik.
 
"Selain itu, Sharifah Aini juga banyak memberi sumbangan dan bayarkan beberapa kali kos rawatan dialisis saya," katanya, memetik laporan Mstar Online.
 
alt
 
Sharifah Aini atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak Pah menerusi laman Facebooknya tahun lalu meminta agar peminat mendoakan kesihatan Julie agar kembali sihat seperti dulu.
 
Sementara itu, semalam, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) turut menyumbangkan RM5,000 kepada Julie dalam usaha membantu meringankan beban kos perbelanjaan rawatannya.
 
Pengerusi PFM,Datuk Yusof Haslam berkata Julie merupakan seorang ahli yang aktif ketika menyertai persatuan tersebut iaitu sekitar tahun 80-an.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722