Mungkin kerana sihsha tidak meninggalkan baki seperti rokok.
PETALING JAYA: Saya pernah mencuba menghisap shisha di sebuah kedai di kawasan kosmopolitan di Kuala Lumpur dua atau tiga tahun lalu.
Saya pernah melihat liputan sebuah televisyen swasta tentang shisha ini. Shisha ternyata lebih dari sekadar rokok. Tetapi ada anak muda yang berkata, menghisap shisha ini lebih baik daripada merokok.
Mungkin kerana sihsha tidak meninggalkan baki seperti rokok. Shisha dan rokok diibaratkan sebuah pilihan, tetapi banyak perempuan juga terlihat menghisap shisha.
Sisha umumnya dihisap menggunakan paip yang dihubungkan dalam sebuah wadah berbagai rupa. Penghisap shisha memang terlihat seringkali tidak seorang diri. Sensasinya memang enak dinikmati beramai-ramai bersama teman-teman atau rakan kerja.
Dikenal juga dengan sebutan rokok Arab, Shisha menjadi trend masyarakat kota. Di beberapa kafe memang terlihat menyediakan shisha. Memang, rokok Arab ini tidak ditemui di sembarang tempat, kerana harganya. Shisha menjadi trend anak muda kota-kota besar.
Shisha memang berbeda dengan rokok biasa, kerana penghisap shisha boleh memesan shisha dengan ramuan yang diberi perasa macam-macam. Ada buah-buahan dan aroma bunga. Shisha dibakar dalam sebuah tempat yang biasanya menyerupai teko atau wadah dengan takaran besar, maka otomatik tembakau yang dihisap dalam jumlah yang banyak.
Mungkin kerana berbeza dengan rokok, apalagi beraroma buah yang membuat shiha seakan-akan bervitamin, orang-orang muda ini tidak menduga bahwa shisha sangat berbahaya.
Kalau diperhatikan, sekali hisap, asap yang terhirup dari paip yang besar juga akan banyak. Berpuluh kali ganda dari rokok bahkan besarnya mencapai 0,15-1 liter asap sekali hisap.
Lebih besar dari rokok biasa. Kandungan tar, nikotin dan karbon monoksida yang dihasilkan shisha pun amat banyak.
Merokok shisha menjadi lebih dirisaukan kerana dilakukan seperti orang-orang sengaja pergi ke kedai kopi. Biasanya menghabiskan waktu yang lama.
Jika seseorang duduk dan menghisap shisha sejam, maka bahayanya sama seperti orang yang menghabiskan 100 batang rokok.
Gaya hidup orang mewah membuat anak-anak muda ini tertarik dengan kegiatan yang tidak sihat sekalipun