Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Singapura bincang isu pemakaian tudung pasukan beruniform

$
0
0
HARAKAHDAILY 


SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong (gambar) berkata adalah penting bagi rakyat Singapura memperkukuh ikatan demi menjamin semua kaum dapat hidup selesa sebagai sebuah bangsa yang bersatu.

Semalam Lee mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh masyarakat dan agama, bersama beberapa orang Menteri dan Anggota Parlimen, membincangkan secara terus terang dan bermanfaat isu pemakaian tudung.  

Lee berkata isu pemakaian tudung oleh wanita Muslim adalah perkara penting bagi kebanyakan orang Islam di Singapura.

"Saya memberitahu kumpulan berkenaan bahawa saya cukup memahami hasrat mereka untuk membenarkan wanita Muslim yang memakai uniform mengenakan tudung. 

"Tetapi isu lebih besar jadi pertaruhan: Apakah bentuk masyarakat yang kita inginkan?," kata beliau.

"Memang, keharmonian kaum yang kita nikmati tidak sempurna, ia sebenarnya lebih rapuh dan berharga dari apa yang kita sedari.

"Mari kita berusaha gigih untuk memperkukuhkannya supaya semua kaum boleh hidup bersama dengan selesa sebagai satu bangsa yang bersatu-padu," kata beliau.

Sambil menyatakan bahawa Singapura adalah sebuah masyarakat berbilang bangsa dan agama yang harmoni, Lee berkata kaum minoriti sudah sebati dengan masyarakat lebih besar namun tetap memiliki peluang sepenuhnya untuk mengekalkan identiti dan mengamalkan agama masing-masing.

"Jadi saya sedar betapa gentingnya untuk memperkukuh ikatan kita bersama dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan yang mendatangkan manfaat untuk kita semua, lebih-lebih lagi kaum minoriti. 

"Dalam isu tudung, keadaan yang kita lihat hari ini tidak akan kekal begini. Sikap akan berubah dan dikemaskini. Sepanjang sedekad lalu, ada kemajuan yang bertahap dalam isu ini. 

"Kini, banyak badan berkanun membenarkan kakitangan mereka memakai tudung bersama pakaian seragam misalnya Lembaga Pengangkutan Darat (LTA), dan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).
"Dalam lima, 10 tahun lagi, saya yakin keadaan akan berubah, tidak seperti hari ini.

 kita terus bergerak secara bertahap dan berhati-hati," kata Lee. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722