Oleh: Basyar Ab Kadir
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu bertemu perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi berbincang dan menuntut reformasi pilihan raya.
Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, hasrat itu dinyatakan dalam surat yang dihantar ke Jabatan Perdana Menteri, Khamis, 23 Januari lalu.
“Di dalam surat tersebut ada menyatakan akan mengadakan perbincangan dengan PM mengenai tuntutan mengadakan reformasi sistem pilihan raya dan perbincangan mengenai cara pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana sudah tiada keyakinan dengan anggota dalam SPR
“Isu persempadanan semula juga akan disentuh dalam perbincangan tersebut,” katanya.
Beliau turut menegaskan sudah banyak kelemahan SPR ini di peringkat umum, namun badan tersebut masih mengambil sikap berdiam diri untuk melakukan sebarang penambahbaikan.
“Kita juga ada buat banyak forum, perbincangan awam mengenai masalah Pilihanraya di Malaysia. Saya yakin SPR mengetahui isu yang ingin dibawakan Bersih mengenai masalah tersebut,” katanya.
Menurut Maria, surat tersebut turut dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, di Putrajaya pada hari sama.
“Di peringkat menteri, mereka sudah cop menandakan ada penerimaan surat tersebut, dan suratnya ada di hantar juga kepada Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Daripada pihak mereka (menteri), masih belum memberikan respon lagi,” katanya.
Katanya, Bersih juga akan menghantar petisyen kepada Yang Dipertuan Agung mengenai isu yang sama selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri.
“Kita akan hantar petisyen ke peringkat Agung, selepas membuat perbincangan dengan Perdana Menteri. Kali pertama dulu ketika Bersih pada tahun 2007, ia diwakili oleh Parti Politik, tetapi kali ini dihantar melalui jawatankuasa Bersih,” katanya.