Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Henti sandiwara Ops Harga, usah berlagak hero - Mahfuz

$
0
0
BASHIR ISHAK 


ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta pihak pimpinan kerajaan menghentikan sandiwara bagi mengelirukan rakyat melalui Ops Harga 2.0 yang giat dijalankan sekarang.

Menurutnya, Ops Harga yang dijalankan itu cuba memberikan gambaran seolah-olah pemimpin kerajaan sekarang turun padang untuk menjadi hero rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

"Apa yang dibuat ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap permasalahan rakyat dengan memangsakan atau memindahkan kesalahan kepada golongan peniaga kecil, peniaga di pasar dan termasuk juga kepada pihak pemborong.

"Ini adalah satu lagak yang sedang ditunjukkan oleh pimpinan BN selepas mereka sendiri yang mencetuskan punca kenaikan harga barangan hari ini melalui kenaikan haga minyak dan tarif elektrik. Ini adalah dua punca utama menyebabkan kos sara hidup menjadi semakin meningkat.

"Sekarang ini selepas pilihan raya umum lalu, kenaikan harga barang sudah mencecah 20 persen dan itu belum lagi dikira cadangan menaikkan tol. Mereka cuba mengalihkan kemarahan rakyat kepada kerajaan kepada golongan peniaga," jelasnya  pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Derga di sini petang semalam.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meminta para pemimpin kerajaan untuk memfokuskan kepada persoalan pokok bagi menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup rakyat iaitu dengan menurunkan harga minyak dan tarif elektrik.

"Kita minta juga supaya tol tidak dinaikkan serta menurunkan harga gula yang turut menjadi punca permasalahan ini. Cukuplah, hentikanlah sandiwara ini.

"Kalau mereka nak rasa bagaimana keperitan hidup rakyat, tak perlulah turun pergi periksa di pasar-pasar tapi saya nak minta mereka ambil cuti selama tiga bulan dan pergilah buka warung-warung berniaga, tak kiralah di pasar atau di manapun.

"Kalau nak salahkan para peniaga, ambil cuti dan berniaga, kemudian jual barang dengan harga yang murah. Masa itu barulah mereka akan faham bagaimana susahnya golongan peniaga kecil ini yang turut menjadi mangsa ekoran kenaikan kos asas seperti minyak dan elektrik," ujarnya.

Sidang media ini turut dihadiri Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim dan  Adun Derga, Tan Kok Yew.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722