Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

AMK hantar memo, desak k’jaan Jepun mohon maaf

$
0
0

Azuan Ab Rahman


IMG_0447KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini menghantar memorandum ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan menghalang Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki negara itu 19 Januari lalu.

AMK menuntut kedutaan Jepun segera memberi penjelasan serta memohon maaf atas insiden yang seharusnya tidak berlaku itu.
“Tindakan kerajaan Jepun berlebihan, tidak wajar serta menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia.

“Artikel tersebut menyatakan setiap orang mempunyai hak kebebasan bergerak dan bermastautin dalam sempadan sesebuah negara serta, meninggalkan mana-mana negara termasuk negaranya sendiri serta kembali semula ke negaranya,” kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

johor_jepunShamsul hadir bersama pimpinan AMK menyerahkan memorandum pagi ini kepada dua pegawai kedutaanJepun, Takaharu Suegami dan Masahiro Takehawa.

Sementara itu di Johor Bahru semalam. AMK Johor turut menyerahkan memorandum ke pejabat Konsulat Jepun di Jalan Abdullah Ibrahim.

Dalam kenyataannya, tindakan kerajaan Jepun itu seolah-olah tunduk kepada tekanan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

“(Tindakan) ini tidak adil kerana bermotifkan politik. Kerajaan Jepun sepatutnya lebih berwaspada terhadap sensitivti politik di Malaysia.

“Ini boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Jepun kerana majoriti 53 peratus rakyat Malaysia menolak kepimpinan Najib Razak pada pilihan raya lalum” kenyataan tersebut dipetik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722