Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Anifah Aman ambil kesempatan politik atas sekatan Anwar

$
0
0

KEADILAN DAILY

n_surendran
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengambil kesempatan politik apabila mengatakan bahawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘orang yang tidak diingini’ di Jepun.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kenyataan Anifah sikap pilih kasih dan layanan buruk seorang Menteri kabinat Barisan Nasional terhadap rakyat Malaysia di luar negara.

“Anifah Aman mengatakan bahawa Anwar ‘tidak diingini’. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai penafian terhadap penglibatan Wisma Putra dalam soal sekatan oleh Jepun.

“Ini jelas menunjukkan bahawa permusuhan politik antara kerajaan Malaysia dengan Anwar ada kaitan dengan insiden di Jepun,” kata Surendran dalam kenyataan.

Beliau turut merujuk kenyataan Anifah bahawa kerajaan tidak mempunyai apa-apa kaitan berhubung sekatan terhadap Anwar Ibrahim, manakala Wisma Putra tidak akan memanjangkan perkara ini kepada kerajaan Jepun.

“Ianya sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan Anifah Aman mahu lepas tangan dalam soal ini,” kata Surendran.

Semalam, Pakatan Rakyat melalui tiga wakilmya, Mohamed Azmin Ali, Ketua Whip Parlimen KEADILAN, Iskandar Samad (Pas) dan Anthony Loke (DAP) menyatakan bantahan dan menuntut kerajaan Jepun memberi penjelasan yang menghalang Anwar memasuki negara itu.

Dalam pada itu, kata Surendran, sekatan ke atas Ketua Pembangkang oleh kerajaan Jepun membimbangkan kalangan rakyat Malaysia kerana memberi kesan terhadap kedaulatan, maruah dan pendirian Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Adalah menjadi tugas kerajaan membawa perkara ini secara serius. Kerajaan BN mesti mempertahankan dan melindungi rakyat Malaysia luar negara, tanpa mengira perbezaan politik,” kata Surendran.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722