Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Pengumuman Perdana Menteri kerajaan minoriti, Datuk Seri Najib Razak mahu melakukan inisiatif kononnya bagi meringankan beban rakyat termasuk memperkenalkan program ‘Jimat Belanja Dapur” hanya bersifat sementara dan tidak membantu meringankan beban rakyat
Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin berkata, program jangka pendek melibatkan 22 barangan terpilih yang dijual di Pasar Tani hanya untuk mengaburi rakyat kononnya kerajaan meringankan bebanan yang berpunca dari peningkatan harga barangan selepas pengurangan subsidi gula dan bahan bakar.
“Program tersebut dibuat selepas rakyat tertekan dengan kesan pengurangan subsidi, ia tidak akan berjaya kerana ia langkah sementara meringankan beban rakyat.
“Sesebuah kerajaan yang bijak mentadbir harus mempunyai rancangan yang jelas dari peringkat awal pembentangan belanjawannya.
“Sudah pasti kerajaan tahu bahawa rakyat akan dibebani masalah inflasi akibat pengurangan subsidi tersebut, namun belanjawan yang dibuat tidak disertakan dengan pelan pemulihan akibat tindakan berkenaan,” kata Manivanan (gambar) kepada Keadilandaily.
Alasan Najib Razak bahawa pemotongan subsidi bertujuan memastikan Malaysia menjadi negara maju, Manivanan mempersoalkan apakah definisi negara maju yang difahami Perdana menteri itu.
Malah Najib berkata beiau akan bersama-sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan turun ke pasar tani di Putrajaya untuk melihat harga barang.
“Negara maju bagaimana yang Najib fikirkan?
Apakah negara perlu simpanan kewangan yang besar, tetapi rakyat menderita akibat inflasi dan tekanan ekonomi itu boleh dipanggil sebagai kemajuan?
“Bagi saya, negara maju ialah negara yang aman, bebas rasuah, pentadbiran yang bersih dan telus.
“Yang utama, rakyatnya tidak terbeban dengan tekanan ekonomi dan kemiskinan,” tegas Manivanan.