MELAKA - Penguatkuasaan tegas dan hukuman berat bukanlahpenyelesaian mutlak terhadap masalah mat rempit di negara ini, kata KetuaProgram Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof.Madya Dr Rozmi Ismail.
Sebaliknya, beliau berkata masalah mat rempit pada masa ini perlu ditelitibagi menghasilkan pelan tindakan menghapuskan gejala itu di peringkat awaldan penawar berkesan yang berperikemanusiaan bagi 'memulihkan' remaja yangterjebak dengan gejala berkenaan.
Katanya, penyelidikan berterusan yang dijalankan Perkasa mendapati merekayang telibat dengan gejala mat rempit, majoritinya berumur antara 15 hingga35 tahun dan tidak lagi bersekolah atau menghadapi masalah di sekolah.
"Peranan ibu bapa dalam mendidik penting dalam menghapuskan gejala ini padaperingkat awal, tetapi dalam kajian itu ada juga ibu bapa yang menghadapimasalah kewangan terpaksa membanting tulang siang malam hingga anak merekaterabai hingga terjebak dalam gejala mat rempit," katanya ketika ditemui Bernama pada Seminar Keselamatan Jalan Raya di sini baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau berkata menghapuskan masalah mat rempit di peringkatawal terletak kepada usaha bagaimana keluarga itu membentuk hubungan erat antaraanggota keluarga mereka.
Rozmi berkata bagi menghasilkan penawar berkesan untuk remaja yang terlibatdalam masalah itu, semua pihak perlu melihat perkara ini pada kaca mata matrempit itu sendiri dan menyelami isi hati mereka.
Beliau berkata majoriti mat rempit ini akan meninggalkan tabiat burukini pada usia 35 tahun dan jika kita berjaya menghapuskan gejala ini padaperingkat awal, maka generasi pelapis rempit akan terus terhapus.
"Kajian juga mendapati mat rempit ini sukakan perkara mencabar, jadi melaluiprogram Perkasa itu kita beri pada mereka, kita alihkan adrenalin mereka kepadaaktiviti lasak seperti memanjat gunung dan merakit di jeram, melalui cara iniPerkasa dapat memulihkan 99 peratus daripada mat rempit yang menyertai programkami," katanya.
Ditanya tentang cadangan meletakkan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) AktaPengangkutan Jalan iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancamkeselamatan pengguna jalan raya lain kepada kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,Rozmi sama sekali tidak menyetujui cadangan itu.
"Kita kena lihat daripada konteks mat rempit ini, kerana mereka terlibatterdiri daripada kalangan belia, baru nak hidup dah tertulis rekod jenayah jadiini akan menggelapkan masa depan mereka...benar mereka salah tetapi saya percayapenyelesaian yang lebih berperikemanusiaan diperlukan.
"Mereka ini manusia juga, kalau sudah ada rekod jenayah nanti macamanamereka nak sambung belajar, kerja atau buat apa sahaja pada masa depan bilamereka memilih jalan yang betul...cadangan itu seakan menutup jalan kepadamereka," katanya. - Bernama