Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Sekali lagi, Najib pertahan kenyataan ‘kangkung’

$
0
0
OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan bulan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Januari, 2014.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan bulan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,




























Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kritikan yang mengejeknya berhubung kenyataan “kangkung” dengan menegaskan bahawa ia adalah makanan kegemarannya.
Najib berkata, beliau menggunakan kangkung sebagai cara menggambarkan konsep penawaran dan permintaan.

"Saya suka kangkung dengan sotong. Saya bagi contoh supply and demand. Sawi ke, ikan kembung ke. Kita perlu lihat rasionalnya," katanya.

Dalam ucapannya di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan hari ini, beliau berkata, program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi.

Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.

"Tujuan kita bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa penstrukturan ekonomi.

"Kalau ada cara kita tolong rakyat kita akan tolong. Kami semua tahu kami dipilih rakyat. Kalau hendak buat pun demi jangka panjang kerana ia akan menguntungkan negara dan rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi seperti disangka banyak pihak, sebaliknya tanpa penstrukturan semula ekonomi, negara ini akan berkembang dalam trend yang terlalu perlahan.

"Ini semua senario kalau kita tidak struktur semula ekonomi. Ini berbeza dengan gawat. Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi.

"Kalau kita tidak struktur semula, ekonomi kita akan berkembang lebih perlahan. Tahun demi tahun trendnya akan menunjukkan lebih perlahan.

"Kalau ini berlaku kita tidak dapat lonjakkan ekonomi kita kepada ekonomi tahap tinggi. Kita akan berdepan tekanan kewangan sekiranya perbelanjaan operasi kita lebih tinggi daripada pendapatan," katanya.

Langkah Putrajaya merasionalisasikan subsidi dilihat pakar ekonomi sebagai tindakan bijak untuk mengekang defisit negara, namun pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan tarif elektrik dan tol termasuk pemansuhan subsidi gula dan kenaikan kos bahan api menerima respon negatif rakyat yang merasakan peningkatan kos sara hidup.

Malah, kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati, tanpa sebarang tindakan yang tepat, isu kenaikan kos harga barang, peningkatan kos bahan api  bakal menjadi penentu Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Apa yang kita lakukan ini untuk menjamin kemampanan kita," kata Najib, dan menambah proses rasionalisasi subsidi ini bagaimanapun akan dilakukan sedikit demi sedikit dengan kerajaan akan membantu kumpulan rakyat berpendapatan rendah.

"Apa langkah kita perlu lakukan adalah mengurangkan subsidi tetapi secara berperingkat.

"Bila kita jimatkan subsidi sebahagian kita bagi balik kepada kerajaan, sebahagian kita gunakan untuk kurangkan defisit," katanya, sambil merujuk pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak sebagai langkah kerajaan membantu golongan berkenaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722