Radhi Razak
KUALA LUMPUR 20 Jan - Pengarah Biro Hak Asasi dan Undang-Undang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya hari ini menyalahkan pihak Kerajaan Pusat dan meminta Perdana Menteri menarik semula laporan kepada Kerajaan Jepun yang didakwa menyebabkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki ke negara tersebut.
Beliau berkata, tuduhan berhubung kes liwat II itu ternyata tidak berasas dan sengaja direka bagi menjatuhkan reputasi Ketua Umum PKR itu.
"Ia sangat pelik apabila Anwar dihalang masuk atas alasan hukuman bermotifkan politik pada tahun 1999 sedangkan beliau memasuki Jepun beberapa kali sebelum ini.
"Ini adalah satu siri serangan dan gangguan oleh kerajaan terhadap Ketua Pembangkang yang kini masih berdepan kemungkinan satu lagi pertuduhan yang sengaja direka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Kami menyeru supaya perdana menteri memperbetulkan keadaan ini segera dengan menarik balik laporan yang tidak berasas kepada kerajaan Jepun dan memberi pelepasan perjalanan penuh kepada Anwar," katanya.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun pada hari Ahad dan mengecam layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.
Anwar menerusi kenyataan di blog miliknya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini dan mengatakan ianya tidak wajar untuk kerajaan Jepun menghalangnya masuk ke Jepun sekaligus menafikan hak-hak sah beliau bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.