Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Faizoull diminta tidak khianati janji

$
0
0

Banyak kali mengungkapkan komitmennya untuk menggembling modal insan tetapi dia khianati janji yang dilafazkan.




PETALING JAYA: Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad diminta supaya tidak mengkhianati janjinya untuk melindungi pendidikan anak peneroka Felda.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, Faizoull semasa awal pelantikannya berjanji untuk memberi komitmen meningkatkan kualiti pembangunan modal insan.

Tetapi sebaliknya apabila sebahagian besar peruntukan untuk Kolej Yayasan Felda dikatakan dipotong sehingga RM10 juta untuk tahun 2014.

“Faizoull dalam ucapannya banyak kali mengungkapkan komitmennya untuk menggembling modal insan tetapi dia khianati janji yang dilafazkan.

“Ini satu perkara yang menyedihkan,”katanya ketika dihubungi.

Menurut Mazlan, peralihan Felda kepada Felda Global Ventures Holdings (FGV) menyebabkan tanggungjawab perkhidmatan kepada kerajaan dikurangkan dan teras perniagaan tertumpu kepada sektor perladangan berbanding pembangunan sosial.

“Itulah hakikat bila Felda bertukar wajah dan akhirnya rakyat yang merana,” katanya.

Empat Kolej Yayasan Felda di Kelana Jaya  (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) dilaporkan The Malaysian Insider berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila Felda bertindak memotong kos operasi institusi pengajian tinggi berkenaan.

Bagaimanapun keputusan muktamad mengenainya akan ditentukan dalam mesyuarat lembaga pengarah minggu ini.

Mazlan berkata pihaknya akan menunggu keputusan lembaga pengarah Felda sebelum bertindak mengambil beberapa langkah tertentu yang difikirkan wajar.

Antaranya akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya langkah ini dapat disemak semula dan dibatalkan supaya anak peneroka tidak terus tercicir dalam pendidikan.

“Pemotongan bajet membunuh minat dan keperluan anak-anak Felda mendapatkan pendidikan dan pekerjaan profesional.

“Kalau kolej yang ada ini ditutup kemana mereka hendak pergi?

“Tindakan ini tak seiring dengan gahnya yang mereka hebahkan tentang FGV,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722