Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Shafee, dilihat sebagai orang didakwa daripada pendakwa

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kini terpaksa membersihkan reputasinya sebelum kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di mahkamah. Gambar fail.Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kini terpaksa membersihkan reputasinya sebelum kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di mahkamah. Gambar fail.


























Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seharusnya menjadi orang yang mendakwa tetapi seorang bekas polis tidak akan melepaskannya dan menjadikan peguam Umno itu dilihat sebagai orang kena dakwa berbanding pendakwa.

Shafee menjadi tajuk utama berita apabila Putrajaya menamakannya untuk memimpin pasukan pendakwaan dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat tahun lalu.

Tetapi akuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Kumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menimbulkan persoalan terhadap kedudukannya.

The Malaysian Insider difahamkan Putrajaya bimbang isu terbaru yang menyelubungi peguam itu boleh mengalihkan perhatian dan menyebabkan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan tertangguh.

“Kes ini adalah mengenai Anwar dan bukan Shafee. Tetapi sekarang ia dilihat lebih mengenai peguam itu,” kata sumber dari Putrajaya kepada The Malaysian Insider.

“Mat Zain dilihat tidak mahu melepaskannya.”

Peguam Anwar sudah membuat permohonan sebelum ini untuk mengenepikan Shafee daripada kes itu dengan hujah pelantikannya tidak sah tetapi Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu.

Peguam Anwar kemudian membuat permohonan baru minggu lalu untuk mengenepikan Shafee menggunakan SD 31 muka surat Mat Zain berhubung dengan pertemuan peguam Umno itu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Shafee memfailkan afidavit sebagai jawapan tetapi semalam Mat Zain pergi jauh lagi dengan membuat laporan polis yang mengatakan dokumen peguam itu mengandungi pembohongan menyalahi undang-undang.

Kebiasaannya pengadu akan “layu” apabila berdepan dengan Shafee yang pernah memenangi beberapa kes berprofil tinggi dan merupakan seorang peguam kanan.

Bagaimanapun, Mat Zain kini dilihat mengawal keadaan dan menjawab satu demi satu hujah peguam kanan itu dan sumber dalaman Putrajaya memberitahu sekarang tekanan terletak di bahu Shafee untuk membersihkan namanya.

“Ini akan mengambil masa untuk diselesaikan dan kes Anwar akan tertangguh.

“Peguam Negara sekarang kena membuat keputusan mengenai pilihan yang ada untuk kes rayuan itu,” satu sumber lain memberitahu The Malaysian Insider.

Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Setapak semalam, Mat Zain mendakwa Shafee melakukan dua kesalahan mengikut Kanun Keseksaan, pertama membuat kenyataan palsu dalam afidavit.

Bekas polis itu juga mendakwa Shafee memalsukan bukti dengan niat untuk mengelirukan mahkamah.

Tetapi Shafee berkata, Mat Zain berbohong dalam SD 7 Oktober mengenai pertemuan di rumah Dr Mahathir yang dihadiri oleh bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusuff yang memberi taklimat kepada Dr Mahathir tentang salah laku Abdul Gani.

“Afidavit saya disokong Datuk Ramli Yusuff. Saya tidak perlu meminta Matthias Chang untuk mengesahkannya dan tidak perlu menyusahkan Tun (Dr Mahathir Mohamad),” kata Shafee apabila diminta untuk memberikan respon terhadap SD.

Shafee berikrar untuk mendedahkan kaitan di antara Mat Zain dan Anwar kerana bekas polis itu pernah memfailkan saman terhadap bekas perdana menteri tetapi tidak serius tentang kes itu menyebabkan mahkamah menyingkirkan kes tersebut.

Mat Zain dalam responnya terhadap afidavit Shafee berkata, ianya merupakan “sebakul sampah.”

Anwar memfailkan permohonan pada 6 Disember menggunakan SD Mat Zain untuk mengenepikan Shafee dengan berkata pelantikan peguam Umno itu sebagai Timbalan Pendakwaraya akan menyebabkan beliau tidak mendapat perbicaraan adil.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722