Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tahun Baharu Cina : Harga Ayam Jangka Naik

$
0
0

ayaamm
 
 RAKYAT NEWS
 
 
ALOR SETAR  - Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan tiba, kemungkinan barangan mentah akan berlaku kenaikan harga khususnya ayam. 
 
Difahamkan, harga ayam pada minggu lalu dijual pada harga RM7.50 sekilogram, bagaimanapun ia kini naik kepada RM7.80 sekilogram.
 
Menurut peniaga, Zainordin Zainol, 31, berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
 
“Ayam pada masa kini masih dijual dengan harga berpatutan. Walaupun harganya naik turun, tetapi ia tidaklah terlalu membebankan pengguna.
 
“Bagaimanapun, harga ayam mungkin naik antara 10 sen sehingga 20 sen lagi menjelang Tahun Baru Cina nanti,” katanya dalam kenyataan Sinar Harian.
 
Menurutnya, kenaikan harga tidak dapat dielakkan kerana berlaku permintaan yang terlalu tinggi daripada pengguna setiap musim perayaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722