Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Individu Dakwa Sultan Melaka Ditahan

$
0
0

rakyatnews_sultanmelaka
 
Aqilah Radzuankaidi 
 
 
 
JASIN  - Individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah telah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira- kira jam 10.45 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. 
 
Penahanan itu berlaku susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.
 
Laporan polis yang dibuat itu diketuai Presiden MGBM, Zali Mat Yasin dengan diiringi beberapa ahli EXCO majlis belia berkenaan, antara lain memohon supaya polis bertindak segera ke atas individu terbabit bagi mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan dakwaan dibuatnya selama ini.
 
Sementara itu, kerajaan negeri menerusi kenyataannya semalam meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang ahli perniagaan yang mendakwa sebagai Sultan Melaka kerana ia mencabar Perlembagaan Persekutuan.
 
rakyatnews_rajanoorshah
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata, tuntutan individu itu juga mencemar institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak. 
 
"Noor Jan didapati mencabar Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui secara bersama oleh semua pihak di negara ini dan tiada sebab beliau mahu menafikan apa yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan.
 
"Sekarang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada orang ramai yang keliru dan terpedaya dengan gelagat beliau," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722