HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR:“Mananya kepimpinan dan pemimpin negara ini? Sebaliknya kita ada pemimpin dalam diri PM yang mengikut cita rasa umum dan suka dipandang popular,” tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya.
Menurutnya, kepada sesiapa yang belum mengenali Najib, Perdana Menteri itu seorang yang mahukan setiap orang menyukainya.
Justeru, jelasnya kalau ada 10 orang, maka Najib mahukan semua kesepuluh menyukainya, sesuatu yang mustahil.
“Saya pernah menyatakan kepada beliau, kenapa anda mahukan 100%, 60% sudah pun menang merujuk kepada kecenderungan nya menyukakan hati semua orang. Kebenarannya, ialah mustahil untuk please everyone.
“Elok kita berdepan dengan reaiti dan jangan berselindung dengan pahit yang digula-gulakan,” tulisnya lagi.
Justeru, bagi beliau apabila bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin menyarankan supaya Dr Mahathir kembali mengetuai kerajaan, ia mengesahkan bahawa Najib seorang pemimpin yang incompetent dan berkelas F, lebih teruk daripada Pak Lah.
“Apa punca masalah kepimpinan Najib?” soalnya.