MALAYSIA CHRONICLE
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.
Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda filemnya itu.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.
Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.
Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Riza (paling kiri) bersama penerbit Joey McFarland dan para pelakon filem The Wolf of Wall Street iaitu Margot Robbie, Leonardo DiCaprio ketika tayangan perdana filem berkenaan di Leicester, London pada 9 Januari lalu. - Foto Mstar Online
Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza akui sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.
"Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya.
“Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati," kata Riza.
DiCaprio dikatakan bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu. - Sinar Harian