Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pengusaha nasi kandar dari zaman lampau giat melakar masa hadapan

$
0
0
WARTA UTARA


PENANG: Enam generasi lalu, sekumpulan ahli keluarga berpadu tenaga bagi memulakan perniagaan nasi kandar sebagai sajian pekerja di pelabuhan Pulau Pinang.

Dengan menggalas lauk-pauk serta bekas nasi dengan menggunakan kandar (batang kayu), mereka berlegar-legar di jalanan sambil melaung “kandar, kandar” bagi menarik perhatian pembeli.

Kejayaan mereka membawa kepada pembukaan warung nasi kandar yang pertama (menurut mereka) di negara ini – Restoran Hameediyah di Jalan Campbell yang tertubuh sejak 1907. Dengan tulisan Jawi dan rumi berwarna kuning, ia berdiri megah sehingga ke hari ini sebagai bukti sumbangan keluarga mereka kepada warisan juadah di pulau mutiara.

Seperti juga perniagaan lain, Restoran Hameediyah telah menempuh pelbagai dugaan dan menyaksikan pasang surutnya keuntungan. Namun kini, pengusaha restoran ini mendambakan perluasan perniagaan di beberapa lokasi di luar pesisir pantai Malaysia.

Dengan pandangannya tertumpu ke arah pasaran antarabangsa, pemilik restoran Ahamed Seeni Pakir Abdul Sukkoor dan adiknya, Syed Ibrahim telah mendapatkan khidmat nasihat perunding Raghavan Nanoo bagi membawa francais mereka ke persada dunia.

Menyaksikan kejayaan pembukaan rangkaian Pelita, Kassim Mustafa dan Kayu di seantero negara, perusahaan keluarga ini juga mahu lari daripada tradisi yang menyaksikan mereka terlalu menumpu perhatian terhadap operasi di Jalan Campbell, Jelutong dan Relau di Penang serta Kulim di Kedah.

“Kami bertekad menyaingi McDonald’s satu hari nanti dan punyai francais di serata dunia,” ujar Ahamed Seeni yang berusia 60 tahun. “Generasi sebelum kami berpuas hati dengan perniagaan di Penang. Kami memiliki beberapa cawangan tetapi tidak banyak. Kini kami mahu meluaskan perusahaan ini.”

Keluarga ini dan tukang masak mereka suatu ketika dahulu selesa mencatat keuntungan menjual nasi kukus dan briyani yang disajikan dengan lauk pauk berbeza. Hidangan murtabak juga sering menjadi pilihan para pelanggan setianya.

Ahamed Seeni menganggap mereka rakan-rakannya. Mereka jugalah yang mendesak Ahamed Seeni agar menggapai impian lebih tinggi dan menyajikan hidangan Restoran Hameediyah di lokasi-lokasi nan berbeza.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722