Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Najib, PM Kangkung Kena Tibai Lumat Dalam Laman Sosial! -updated

$
0
0

KELAB GREENBOC


Angkara Kangkung - Najib Kena Tibai Kaw-kaw Di Laman Sosial

#kangkung: Ialah kata kunci = perkataan yang mahu ditrendingkan di laman twitter. Adakah kemarahan rakyat Malaysia yang tercetus dari kenyataan Najib menerusi berita baru2 ini akan merealisasikan perkara tersebut?

Rujuk petikan berita Najib berkaitan kangkung. Disini dan disini.

Satu berita pendek. Satu berita yang sama diselitkan dengan unsur2 troll. Yang versi troll dikongsikan sebanyak 5,018 oleh pengguna facebook ketika ini.

Kalau baca di wall facebook pun, rata2 update isu kangkung aje. Maka terkenalnya Najib dengan kangkung2 kesayangan nya selepas neh.

HAHAHA..

Gambar2 trolling kangkung juga mula diilhamkan oleh pengguna2 facebook.

Rujuk ;




Kredit to MG dan Milo Suam.

Aku dah mula memikirkan yang Najib neh gamaknya dah kena sumpah rakyat. Hari2 kena maki Najib bodoh, Najib bodoh lama2 dia betul2 menjadi lebih bodoh daripada bodoh yang sedia ada selama neh.

Haha..

Fikir. Catatan neh memang khusus untuk Najib.

Kangkung turun harga adakah membawa kesan langsung terhadap ;

- Harga rumah?
- Harga kereta?
- Harga barang keperluan asas seperti gula + beras + tepung + telur dan sebagainya?
- Cukai GST?

Harga kangkung turun hanya effect kepada penjualan kangkung saja. Tak babitkan harga2 lain pun.

Bukan rakyat makan kangkung hari2. Kalau kangkung mahal rakyat boleh beli sayur jenis lain. Tapi kalau telur ayam mahal macam mana? Telur itik pun mahal juga. Alternatif takde. Orang2 miskin kalau nak makan telur pun dah rasa mahal, nak makan apa lagi? Ayam dan ikan sah2 lagi mahal. BTW, aku dulu pernah hidup melarat. Telur memang makan hari2 woo. Sapa yang pernah hidup melarat tahu harga telur lebih penting dari harga kangkung.

Harga kangkung juga tidak akan mempengaruhi keputusan kerajaan mengenai kadar tol, kenaikan pelbagai tambang pengangkutan awam, tarif elektrik, tarif air, harga petrol dan beberapa perkara lagi, seperti ura2 kenaikan minyak dan gas memasak. Betul?

Jadi kenapa la PM sibuk pongpang2 pasal harga kangkung yang hampir saja harganya tidak memberikan kesan mendalam kepada kehidupan rakyat?

Lainla kalau PM umum harga kangkung turun akan menyebabkan harga petrol turun, harga barangan keperluan asas turun, harga rumah turun, harga kereta turun, kadar tol turun, dan sebagainya.

Malunya lahai. Ada PM berfikiran cetek seperti ini. Najib memang jenis makan kangkung hari2 ke apa yang sampai happy sangat dengan penurunan harga kangkung? Siap suruh rakyat berterima bagai kat kerajaan la pula. Apa bendanya tu? BTW, aku tatau pula lepas neh kalau kita nak isi minyak boleh bayar guna kangkung. Kat station minyak 1Malaysia ke?

WAKAKAKA. -sozCyili


Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka


Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet.

Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.

Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:

“Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!”

Najib semalam dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.

"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga. "Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter.
-mk


Trending FB: Apa cerita kangkung?


SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
-SH

LIHAT VIDEO DI SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722