Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Apabila Islam menjadi alat untuk menindas rakyat

$
0
0


Oleh Amin Iskandar


Hari ini di Malaysia, apa sahaja boleh "dihalalkan" dengan menggunakan nama Islam.Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh mufti atau ulama dijadikan senjata oleh penguasa untuk menindas orang ramai.

Tetapi, "hukuman syariah" ini hanya terpakai kepada rakyat bawahan dan orang miskin sahaja, tidak kepada golongan kelas atasan.

Katakanlah anda seorang anak muda yang mempunyai kekasih dan ingin "berasmara" di hotel murah, sudah tentu anda akan menjadi mangsa "keganasan" penguatkuasa agama tidak berapa lama selepas masuk ke bilik.

Sebaliknya jika anda mampu menyewa hotel lima bintang, sudah pasti anda akan terselamat daripada penguatkuasa agama yang rakus ini.

Tidak hairanlah mengapa penulis pernah melihat sepasang anak muda lebih rela "melakukannya" dalam kenderaan di tempat orang ramai lalu lalang di Shah Alam kerana lebih selamat berbanding hotel murah.

Semalam, Muzakarah Ulama anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memutuskan “haram” bagi penganut agama Islam menyokong Gabungan NGO Malaysia dalam Proses UPR (Comango) kerana tuntutan mereka yang dikatakan bertentangan dengan syarak.

Persidangan yang dihadiri hampir 25 tokoh agama dan cendekiawan Islam seluruh negara itu bertegas tuntutan Comango sebagai merosakkan akidah umat Islam.

Walaupun masih banyak masalah besar di kalangan umat Islam Malaysia seperti kemiskinan, kebodohan, kemalasan dan kelemahan dalam segala bidang, Comango pula yang menjadi ketakutan "cendekiawan" ini.

Oleh kerana hari ini kerajaan pemerintah tidak menyukai Comango, maka tokoh-tokoh Islam ini pun mengharamkan pertubuhan tersebut.

Kalau suatu hari nanti kerajaan menyukai Comango, tidak hairan jika mereka ini akan kembali menghalalkannya.

Kita tidak pernah mendengar tokoh-tokoh "Islam" mengharamkan rasuah, penyelewengan dan pemborosan kerajaan pemerintah.

Tidak ada di kalangan tokoh Islam ini bersuara apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan penyelewengan dan pembaziran kementerian dan jabatan kerajaan.

Mereka juga tidak bersuara apabila majoriti umat Islam di negara ini berdepan dengan siri kenaikan harga barang yang membebankan.

Beberapa hari lalu semasa menerima kunjungan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, Datuk Seri Najib Razak berkata: "Oleh kerana kedua-dua negara ini dikenal pasti sebagai model demokrasi dalam dunia Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan bahawa kita boleh menerajui bukan sahaja kerjasama dua hala tetapi juga daripada segi Islam dan demokrasi."

Komen perdana menteri itu agak melucukan.

Bagaimana beliau boleh mengatakan Malaysia sebuah model negara Islam dan demokrasi apabila baru sahaja Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan Comango kerana dikatakan tidak Islamik?

Tidak malukah Najib mengatakan Malaysia model negara demokrasi apabila akhbar mingguan The Heat digantung permit penerbitannya?

Bagaimana pula dengan tindakan bodoh kerajaan pimpinannya mengharamkan kalimah Arab Allah untuk digunakan bukan Islam sebagai rujukan kepada Tuhan?

Lebih baik Najib mula "memimpin" negara sebelum mandatnya ditarik balik.

Najib tidak perlu bercakap tentang perkara-perkara besar seperti Islam dan demokrasi sebelum berjaya memainkan peranan sebagai perdana menteri.M/Insider

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722