HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin tanpa berselindung lagi mengaskan bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sangat lemah.
Kelemahan itu katanya sangat ketara apabila tiada ketegasan dalam tindakan berdepan ancaman daripada sudut perkauman, agama dan tekanan ekonomi.
Kenyataan itu dilontarkannya bersekali dengan cadangan agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikembalikan dalam kerajaan.
Kata beliau, cadangan pihak tertentu agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula, bukan penyelesaian kepada kelemahan Najib itu.
Namun yang lebih tepat adalah membawa kembali Dr Mahathir ke dalam kabinet negara.
“Kehadiran Dr Mahathir bukan sahaja mampu memulihkan kekusutan yang timbul pada hari ini, tetapi juga kepada BN untuk menghadapi PRU14,” katanya dipetik Sinar Harian.
Zainuddin dipetik berkata, aura Dr Mahathir masih kuat sehingga ke hari ini apabila generasi muda juga tertarik dengan setiap pandangan yang diutarakan bekas perdana menteri itu.
“Sekalipun ISA dikembalikan, jika tiada ketegasan politik dalam melaksanakan secara bijak, berani dan tegas, maka ISA tidak berkesan,” katanya.
Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas mengenai apakah jawatan yang wajar diberikan kepada Dr Mahathir jika beliau duduk dalam barisan kepimpinan negara.