Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM,: Menteri Besar Selangor yang diuar-uarkan bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu membuktikan beliau mampu mengatasi pencapaian dalam urus tadbir kewangan dan pengurusan negeri yang lebih baik.
Kenyataan itu salah satu rumusan yang dikemukakan tinjauan Politweet.Org terhadap pengguna laman sosial twitter yang dijalankan antara 9 hingga 15 Ogos.
![10622925_10152614636042486_2127089212639688760_n]()
Dalam tinjaun itu juga, Abdul Khalid masih menjadi pilihan rakyat untuk terus kekal mentadbir Selangor meskipun beliau kini berhadapan desakan kuat untuk digantikan dengan calon Menteri Besar baru seperti diumumkan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Tinjauan terbuka Politweet.Org itu melibatkan 2,062 responden dengan 22 peratus (445 orang) daripada mereka bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar sementara hanya 10 peratus (209 orang) mahu beliau berundur.
Sebanyak 10 peratus (206 orang) menyatakan tidak menyokong Pakatan Rakyat dan 5 peratus tidak menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara 3 peratus responden (65 orang) rakyat tidak gembira terhadap semua parti dan krisis yang berlaku manakala 2 peratus (34 orang) sahaja bersetuju sekiranya Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubarkan.
Jumlah peratusan tertinggi dicatatkan sebanyak 48 peratus apabila 988 responden tidak mempunyai pandangan terhadap kemelut yang berlaku.
“Hasil daripada analisis ini kita boleh mengatakan bahawa orang ramai melihat Tan Sri Abdul Khalid sebagai seorang wakil rakyat yang dihormati dan bukan wakil parti politik.
“Alasan yang diberikan oleh PKR untuk memecat beliau juga tidak dijelaskan dengan baik atau diterima. Hasilnya pemecatan Tan Sri Khalid dilihat sebagai tidak adil dan tidak munasabah.
“Sebagai contoh, (Kerajaan Negeri) menandatangani MoU dengan Kerajaan Persekutuan pada Projek Langat 2 adalah salah satu daripada sebab-sebab yang disebut oleh PKR bagi pemecatannya.
“Bagaimanapun pengguna melihat Langat 2 sebagai satu langkah yang baik untuk menamatkan masalah bekalan air. Isu bekalan air juga dilihat sebagai lebih penting daripada perubahan dalam Menteri Besar.
“Tindakan Pakatan Rakyat (terutamanya PKR) semasa krisis ini secara keseluruhannya dikritik, walaupun daripada pengguna yang menerima pemecatan Tan Sri Khalid.
“PR dilihat sebagai mengambil tindakan untuk kepentingan mereka sendiri terhadap Abdul Khalid dan bukan untuk kepentingan rakyat,” petik rumusan kajian yang dijalankan itu.
Antara sebab responden menyatakan sokongan terhadap Abdul Khalid oleh kerana mereka tidak berpuas hati terhadap sebab dan tindakan PKR yang dikenakan terhadap beliau yang hanya melemparkan dakwaan semata-mata selain terburu-buru menggugurkannya dan tidak menunjukkan bukti Abdul Khalid melakukan kesalahan.
Selain itu mereka berpendapat Abdul Khalid melakukan tugas membangunkan negeri dengan baik selain meningkatkan rizab simpanan kerajaan yang kini mencecah RM3.2 bilion.
Mereka juga berpendapat, Adun Pelabuhan Klang ini boleh bekerja dengan baik tanpa campurtangan politik dan sepatutnya kekal meneruskan tugas sehingga habis penggal serta cadangan supaya beliau membersihkan namanya.EZY