Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Khalid Ibrahim gagal hadir dua majlis rasmi hari ini

$
0
0
Oleh Shuhaniza Said
Post Pic



SHAH ALAM: Pihak media yang ingin mendapatkan maklum balas daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor hampa apabila pemimpin itu tidak hadir dalam dua majlis yang sepatutnya dihadirinya hari ini.

Pagi tadi Khalid yang sepatutnya menghadiri perjumpaan bulanan dengan penjawat awam anjuran Yayasan Selangor, di Auditorium Jubli Perak, membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir.
 
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh Exco PAS, Sallehen Mukhyi, Dr Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali.
 
"Program Perhimpunan Bulanan yang dijadualkan pada pagi Isnin 18 Ogos anjuran Yayasan Selangor dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
 
"Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan," kata sekretariat akhbar dalam satu kenyataan pagi tadi.
 
Pada petang ini, Khalid yang sepatutnya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor di Kelab Shah Alam pada jam 5.30 petang, tetapi tidak muncul.
 
Kehadiran beliau digantikan dengan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi.
 
"Tan Sri tidak hadir.. Saya menggantikan beliau," katanya Yunus.
 
Malah beliau yang diajukan soalan berhubung ura-ura pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya memberikan reaksi terkejut.
 
"Tunggu Sultan pulang pada 27 Ogos. Teruskan tugas macam biasa," katanya lagi.
 
Tindakan Khalid yang seperti mengelak untuk bertemu media berkemungkinan ada kaitan dengan titah Sultan Selangor yang melarang beliau memberikan sebarang kenyataan atau keputusan berhubung krisis politik di Selangor, sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos depan.
 
Kegagalan Khalid muncul di khalayak ramai dipercayai ada kaitan dengan keputusan mesyuarat PAS Pusat pagi semalam yang menarik balik sokongan terhadapnya sekali gus bersetuju dengan ketetapan PKR sebelum ini yang mahukan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Khalid sebelum ini mendapat sokongan PAS dan Umno untuk terus menerajui Selangor.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722