Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Mesyuarat Exco Berjalan Seperti Biasa

$
0
0
Alif Mustapha


alt


 

SHAH ALAM - Mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Selangor dapat dijalankan seperti biasa dengan kehadiran empat orang exconya yang masih kekal.

Tiga orang Exco tiba serentak di Pejabat Menteri Besar di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9.45 pagi.

Kesemua exco tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Samad yang tiba sejurus kemudian membolehkan mesyuarat mingguan tersebut dapat dijalankan setelah memenuhi syarat iaitu minima kehadiran empat orang exco.

Ketika ditanya pemberita mengenai tahap sokongan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kesemua mereka memaklumkan apa jua isu yang melibatkan kepentingan rakyat akan disokong.

Sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat berakhir dan dijangka pada jam 2 petang ini.

Dalam perkembangan sama, turut kelihatan beberapa exco yang dipecat memasuki lobi bangunan atas alasan menyiapkan tugasan mereka.

Antaranya, Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Elizabeth Wong Keat Ping dilihat memasuki SUK namun ketika ditanya pemberita, ketiga-tiga mengakui kehadiran mereka bukan untuk menghadiri mesyuarat mingguan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722