Syafiq Syazwan
![alt]()

SHAH ALAM - Bekas exco kerajaan negeri yang dipecat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengingatkan Menteri Besar itu bahawa kerajaan negeri masih milik Pakatan Rakyat (PR).
Bekas exco negeri Ean Yong Hian Wah berkata, ianya selaras dengan mandat yang diberi oleh rakyat selepas memenangi negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.
"Adalah tidak munasabah apabila ADUN bebas mengetuai kerajaan negeri milik Pakatan Rakyat. Ianya tidak berpelembagaan dan tiada moral politik.
"Tan Sri Khalid Ibrahim harus ingat mandat yang diberi rakyat pada Mei tahun lepas adalah untuk Pakatan rakyat dan bukan untuk dirinya," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau kemudiannya menggesa Khalid segera meletakkan jawatan dan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka sendiri.
Sementara itu beliau turut menyelar tindakan empat exco PAS yang menghadiri mesyuarat mingguan exco selepas enam lagi dari PKR dan DAP dipecat Khalid, semalam.
Katanya, kehadiran PAS dalam mesyuarat tersebut menunjukkan parti tersebut tidak mengendahkan semangat setiakawan antara komponen parti PR.
"Saya mengggesa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat berbincang mengenai perkara ini dengan kadar segera dan membuat keputusan muktamad," tegasnya.