Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tiada perubahan walau Khazanah ambil alih

$
0
0

Tun M percaya tindakan pengambilalihan MAS oleh Khazanah Nasional hanya akan memberi 'muka baru' peluang untuk menerima gaji besar, elaun, bonus dan lain-lain.
MAS khazanah


PETALING JAYA: “Biarpun Khazanah mempunyai 70% pegangan saham MAS. Dalam tempoh 10 tahun, MAS tetap rugi RM10 bilion biarpun telah disuntik modal ke syarikat itu,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mengambil alih Malaysia Airlines (MAS) menerusi Khazanah Nasional kerana beranggapan ia tidak akan membawa perbezaan besar kepada syarikat penerbangan itu.

“Pada pandangan saya, jika Khazanah ambil alih 100%, ia tidak akan bawa banyak perubahan.
Perkara sama akan berulang, kita akan lihat banyak orang baru yang menerima gaji besar, elaun, bonus dan lain-lain yang saya percaya itu cara kerja Khazanah,” kata Dr Mahathir.

Menurut Mahathir, CEO melaporkan kepada perdana menteri dan biasanya CEO akan bertindak atas arahan beliau.

“Perdana Menteri mencorakkan kerajaan. Jika sesebuah syarikat menjadi milik penuh kerajaan, adakah itu dinamakan penswastaan atau nasionalisasi,” katanya.

Tun M juga menentang tindakan Khazanah kerana berpendapat syarikat itu tidak mempunyai kepakaran bagi menyelesaikan kemelut yang melanda MAS.

“Saya tahu saya tidak patut katakan semua ini kerana saya juga ada rekod buruk sebagai Perdana Menteri. Akan tetapi, saya sedia meletak jawatan dan itu yang saya lakukan. Saya lakukan itu kerana saya gagal namun tiada yang mahu mengikut jejak langkah saya,” katanya menyindir pemimpin negara yang masih gagal menyelesaikan kemelut MAS.

Namun begitu, pandangan ini bercanggah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez yang berpendapat bahawa Khazanah adalah ‘penyelamat’ paling tepat buat syarikat penerbangan Malaysia itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722