Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Teruskan kerja walau tanpa exco dari DAP dan PKR

Sehingga tarikh 17 Ogos, ADUN PAS akan mengekalkan jawatan mereka sebagai ahli EXCO negeri
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Iskandar Abdul Samad



SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, menjelaskan bahawa beliau akan tetap meneruskan tugasnya sebagai EXCO, walaupun tanpa kehadiran EXCO dari PKR dan DAP.

“Saya rasa sekarang ini kita kena teruskan kerja, sama ada boleh atau tidak boleh kita kena terus lakukan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik,” ujarnya sewaktu ditanya pemberita sama ada kekuatan empat orang exco untuk mentadbir negeri adalah mencukupi.

Jelasnya, beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan bahawa beliau hadir ke SUK bagi membincangkan mengenai isu-isu perumahan bersama Lembaga Perumahan Tanah Selangor dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukannya untuk membincangkan mengenai jawatan tersebut.

“Kita tunggu pada 17 Ogos ini untuk mesyuarat PAS Pusat, kerana buat masa ini ADUN PAS akan terus kekal sebagai EXCO,” katanya ketika ditemui media.

Selain itu, Iskandar turut menjelaskan bahawa beliau akur dengan keputusan dan perkenan Sultan Selangor.

“Kita akur dengan keputusan yang diperkenan oleh Tuanku,” katanya.

Selain beliau turut menjelaskan bahawa esok, kesemua empat orang EXCO dari PAS akan hadir ke Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722