Bariq Ramadhan
KEPONG - Media antarabangsa, CNN dilihat mempunyai 'agenda tersendiri' selepas tidak menulis fakta yang sebenar berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 semasa menghadiri sidang media sebelum ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn berkata perkara tersebut dikenal pasti selepas CNN telah menghantar wartawan seramai 6 orang ke sidang media tersebut.
"CNN sahaja menghantar 6 orang wartawan. Bila kita menjawab soalan daripada mereka dan kita sudah tahu bahawa mereka (CNN) tidak mahu mendengar jawapan itu berikutan mereka sudah mempunyai agenda yang mana mereka sendiri sudah tahu berhubung apa yang mereka tulis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong 2014 di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga bekas Pemangku Menteri Pemangkutan berkata berikutan itu, setiap kali beliau naik ke pentas untuk mengadakan sidang media beliau akan menanamkan niat untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan memalukan negara.
"Tiap kali saya mahu naik ke pentas (untuk mengadakan sidang media) saya kata "Ya Allah, berikan saya kekuatan dalam 45 minit membuat sidang media, janganlah apa yang akan keluar daripada mulut saya itu akan memalukan negara".
"Tuhan akan memberikan kita kekuatan jika itu niat kita. Malah soalan-soalan yang pelik ditanya, alih-alih tuhan gerakkan hati kita untuk memberikan cara untuk menjawabnya," katanya.