Bariq Ramadhan
KEPONG - Jaringan Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) menggesa pihak kerajaan memperkenalkan insurans kesihatan khas kepada lebih 800,000 ibu tunggal di negara ini.
Penaungnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya turut mengambil langkah menubuhkan satu jawatankuasa di setiap parlimen bagi memudahkan golongan ibu tunggal mendaftar sebagai ahli sekaligus menerima pelbagai bantuan dan inisiatif dari JUWITA.
"Kita melantik ibu-ibu tunggal di kawasan parlimen untuk bersama kami sebagai jawatankuasa bagi Wanita BN mendapat maklum balas berhubung isu dan perjuangan untuk ibu tunggal.
"JUWITA menjadi tempat untuk menyalurkan isu-isu (ibu tunggal) dan untuk permulaan kita akan perjuangkan untuk kerajaan menimbangkan insurans kesihatan untuk ibu tunggal yang berdaftar kerana golongan ini tiada tempat (untuk mengadu)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Pelancaran JUWITA 2014 Parlimen Kepong di sini, semalam.

Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia itu menjelaskan, JUWITA turut akan mewujudkan kad diskaun bagi memudahkan setiap ahli mendapatkan harga yang berpatutan ketika membeli barangan asas dan pakaian.
Di samping itu, ahli JUWITA perlu untuk mendapatkan keutamaan memiliki perumahan rakyat ekoran ibu tunggal di negara ini sering diketepikan setelah menerima maklum balas daripada golongan tersebut.
"Ahli JUWITA juga perlu diutamakan untuk mendapatkan perumahan rakyat kerana maklum balas daripada wanita ibu tunggal diketepikan.
"Kami daripada JUWITA akan memberikan satu isyarat positif supaya jangan perlekehkan ibu tunggal yang ada di negara ini," katanya.
Terdahulu, Shahrizat telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara JUWITA bersama wakil persatuan ibu tunggal dari seluruh negara.
JUWITA telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April tahun lalu bernaung di bawah Pergerakan Wanita UMNO bagi membela nasib ibu tunggal di negara ini.