MALAYSIAKINI
Kerajaan perlu mempertimbangkan agar semua pemilik akaun laman sosial Facebook berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata langkah itu wajar berbanding menutup Facebook supaya pemilik akaun tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan laman sosial, lapor Bernama.
"Sekarang ini, bila berlaku kes seperti menghina (Yang di-Pertuan) Agong, mempersenda agama, fitnah dan sebagainya di Facebook, kita susah nak jejaki siapa yang melakukannya, lepas itu ada pula alasan kena godam, akaun palsu dan server daripada luar," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama.
Baru-baru ini tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook oleh pemilik akaun “Chandra Lawan Tetap Lawan” mendapat kecaman ramai dan MCMC sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejakinya.
Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup Facebook, termasuk mendapatkan reaksi orang ramai, ekoran pelbagai penyalahgunaan.
Pensyarah Kanan Program Komunikasi Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Saat Awang Damit pula berkata jika cadangan itu dilaksanakan, MCMC perlu meneliti setiap permohonan pendaftaran Facebook.
"Misalnya, MCMC terima permohonan hari ini, dia tak boleh lulus terus, ambil masa beberapa hari sehingga ke seminggu untuk pastikan semua butir permohonan seperti nama, alamat, ID pengguna adalah betul," Saat dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Komunikasi FKSW UMS Dr Haryati Abdul Karim berkongsi pandangan sama agar pemilik akaun laman sosial itu berdaftar dengan MCMC.
Beliau dilaporkan berkata tidak wajar menutup Facebook hanya disebabkan oleh segelintir pihak yang menyalahgunakannya.
Haryati mencadangkan undang-undang seperti Anti-Ungkapan Kebencian diwujudkan untuk menghalang seseorang daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan boleh menimbulkan kebencian serta menghina bangsa, etnik, agama dan kewarganegaraan.
Undang-undang itu banyak diguna pakai di Eropah seperti Denmark, Perancis, Belanda dan United Kingdom bagi mengekang golongan tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan kesat dan fitnah untuk menimbulkan rasa benci masyarakat.
Menteri Sabah: Ambil kira aspirasi m'kat
Sementara itu, Bernama juga melaporkan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sebagai berkata, kerajaan tidak akan menutup Facebook tanpa mengambil kira aspirasi seluruh masyarakat.
"Kita haruslah menggunakan pertimbangan akal dan akhlak ketika melayari laman sosial agar perkara yang tidak diingini terutamanya melibatkan perpaduan kaum," katanya, seperti dilaporkan agensi berita nasional.