Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MB tak pasti hadir lembaga disiplin PKR tapi serah surat jawapan esok

$
0
0
Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyerahkan surat jawapan notis tunjuk sebab kepada PKR sebelum jam 10 pagi esok berhubung isu yang dikemukakan Lembaga Displin PKR hari ini.

Ia berkaitan isu penstrukturan air, elaun baru Menteri Besar, kenaikan cukai lesen perniagaan, pinjaman Bank Islam dan lebuh raya KIDEX.

10561839_847380411939806_4203993089898114324_n

Abdul Khalid berkata, beliau akan menulis surat itu pada malam ini sebaik selesai majlis ini.

“Saya akan menjawab surat dia malam ini apabila saya habis program ini. Jawapan itu saya akan beritahu akhbar esok.

“Jadi buat masa ini saya tak nak beritahu apa jawapan saya kerana kalau saya bagi tahu jawapan (kepada media), mereka dah tahu jawapan dulu.

“Jadi saya akan beritahu (media) esok,” kata Abdul Khalid kepada pemberita di ‘Majlis Solat Hajat Perdana Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah’ di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata beliau tidak pasti lagi sama ada akan menghadap Lembaga Disiplin PKR atau tidak petang esok.

Jelas beliau antara perkara yang disentuh dalam jawapannya nanti termasuklah isu ‘Langkah Kajang’.
Isu ‘Langkah Kajang’ merupakan salah satu isu yang disentuh PKR dalam surat tunjuk sebab terbaru hari ini.

“Langkah Kajang ini saya sebut dalam surat kerana Datuk Dr Tan (Kee Kwong) sebut dalam surat itu dari tatatertib yang saya kena patuhi,” kata Abdul Khalid.

Pada 3 Ogos lalu PKR memberikan surat tunjuk sebab kerana mengingkari arahan parti untuk menukar Menteri Besar Selangor yang baru.

Semalam, Abdul Khalid membalas surat itu dengan mendakwa surat tunjuk sebab itu cacat.
PKR hari ini membalas semuka dengan menghantar satu lagi surat bagi memanggil Abdul Khalid hadir dalam sesi pendengaran Lembaga Displin PKR.EZY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722