Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Noh: Saya sebut lama dah isu Khalid

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar membidas PKR yang menurutnya hanya menyerlahkan kelemahan pentadbiran menteri besar sekarang apabila ingin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sedangkan katanya, beliau sejak sekian lama telah membangkitkan isu-isu yang didakwa oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (bawah) terhadap menteri besar.

"Kita baca pendedahan yang dibuat oleh setiausaha agung PKR tentang 20 isu sebanyak 50 muka surat berkenaan kelemahan MB.

"Isu-isu ini adalah yang kita sudah bangkitkan. Tapi ketika saya bercakap, mereka pertahankan MB,” kata Noh.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ulang tahun perkahwinannya di Shah Alam, malam tadi.

PKR pada 5 Ogos membangkitkan isu penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam sebagai alasan utama meyakinkan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk menukar menteri besar Selangor itu.

Dalam penjelasan 91 halaman kepada PAS dengan salinan kepada DAP, PKR antaranya memaklumkan terdapat "keraguan munasabah" dalam isu penyelesaian hutang RM59.5 juta itu.

'Mereka tak ikhlas'

Menurut Noh, masa yang dipilih PKR membongkar Khalid (bawah) menyebabkan keikhlasan mereka berbuat demikian diragui.

"Itu menunjukkan mereka tak ikhlas.

"Kalau kepentingan tak tergugat mereka akan pertahankan (menteri besar)," katanya lagi.

Secara keseluruhannya, beliau melihat episod pertelingkahan PKR sehingga mengganggu pentadbiran negeri ini sebagai satu pengajaran buat rakyat Selangor.

"Umno melihat ini sebagai satu iktibar, satu pengajaran, kita kena pilih kerajaan yang betul-betul kuat," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722