Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata menurut laporan yang diberikan, taburan hujan minggu ini tidak memerlukan catuan air dilaksanakan buat masa terdekat ini.
"Minggu depan kita mesyuarat semula untuk laporan terkini kapasiti air pada masa itu.
"Tetapi Insya-Allah kita doakan semuanya berjalan baik,” kata beliau dipetik Selangorkini.
Biarpun tiada catuan dilaksanakan, beliau turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan air secara berhemah.
Beliau mahu bekalan air bersih diberi keutamaan untuk keperluan makan dan minum.
“Orang ramai digalakkan menadah hujan untuk kegunaan lain seperti membasuh kenderaan dan menyiram tanaman misalnya,” kata beliau lagi.
Sejak kebelakangan ini beberapa tindakan sabotaj dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan merosakkan pam-pam yang digunakan bagi mennghubungkan hos ke Kolam Hang Tuah.
Selain itu laporan palsu juga disebarkan melalui laman-laman sosial kononnya Kerajaan Selangor akan melaksanakan catuan air pada minggu ini.- HARAKAHDAILY