Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Nasrudin undang Lim ke majlis hari rayanya

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Selepas penafian Lim Guan Eng, anggota Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan kini dilihat 'menarik brek' sebentar dan mengundang ketua menteri Pulau Pinang itu ke jamuan Aidilfitri di rumahnya di Kuantan pada Sabtu.

Nasrudin juga berkata hanya akan menjawab penafian Lim berhubung dakwaan amalan tender terus terhadap projek terowong dasar laut negeri itu esok kerana sibuk mengurus persiapan jamuan.

“Kepada rakan-rakan dan wartawan yang menghubungi saya, tunggu esok deh ,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

“Saya ambil kesempatan di sini sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengundang semua rakan-rakan termasuk YAB Lim Guan Eng ke majlis kesyukuran dan jamuan Aidilfitri di kediaman kami, Taman Pelindung Perdana Beserah, Kuantan pada 9 Ogos 2014 (Sabtu) ini.”

Lim hari ini mendakwa Nasrudin berbohong dan memberi tempoh 24 jam untuk beliau menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan undang-undang.

"Jika Nasruddin mendakwa dirinya sebagai seorang Muslim yang baik dan tidak munafik, maka beliau patut menarik balik pembohongan itu dan memohon maaf kepada saya dalam masa 24 jam," kata Lim.

Nasruddin membangkitkan kenapa Lim tidak dikritik ekoran tender terus projek terowong itu seperti yang dihadapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722