Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Kenyataan pro-Azmin bukan palsu'

$
0
0
MALAYSIAKINI


Dua pemimpin kanan PKR Selangor hari ini mendakwa bahawa kenyataan yang dilihat sebagai "pro-Azmin" yang diedarkan ketika sidang media parti itu semalam bukan kenyataan palsu.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei (kanan) dan Setiausaha PKR Negeri, Amirudin Saari mendakwa kenyataan itu telah dipersetujui oleh PKR Negeri dalam mesyuarat sebelum ini.

Mereka juga mendakwa, kenyataan tersebut yang sepatutnya dibacakan oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dalam sidang akhbar semalam.

Kenyataan media itu menyatakan "Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Selangor", mencadangkan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Khalid.

"Selain berpengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan di peringkat Persekutuan selama 15 tahun bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, beliau juga merupakan ADUN yang paling berpengalaman dalam PKR," kata kenyataan itu.

Sebaliknya, Zuraida membaca kenyataan lain yanng menyebut 12 daripada 14 ADUN PKR, 18 ketua cabang dan enam ahli parlimen PKR Selangor menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Manakala kenyataan "pro-Azmin" itu diedarkan kepada pihak media sejurus selepas Zuraida selesai membaca kenyataannya.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila pihak media meminta penjelasan daripada Zuraida, yang mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenyataan kedua itu.

"Itu bukan kenyataan kita. Kenyataan rasmi kita seperti yang saya katakan di sidang media tadi," kata Zuraida (kiri) ketika dikerumuni wartawan semalam yang mahukan penjelasan mengenainya.

Sejak selepas pilihan raya umum pada Mei lalu, Azmin mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan beliau untuk jawatan menteri besar Selangor, kira-kira enam bulan sebelum "Langkah Kajang" diumumkan.

Malaysiakini difahamkan mereka yang setia kepada Azmin dikatakan kini berdepan dengan tekanan supaya menyokong Wan Azizah.

Mereka termasuk Zuraida Kamaruddin yang juga timbalan pengerusi PKR negeri dan bekas exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar yang merupakan tulang belakang Azmin di Selangor.

Shuhaimi dan Amirudin yang tidak bersama dalam sidang media semalam dilihat masih setia dengan Azmin.

Bagaimanapun, nama mereka turut disenaraikan sebagai ADUN PKR yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Malah Amirudin (kiri), yang bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), turut mendakwa beliau tidak menyokong kenyataan yang dibaca Zuraida dalam laman twitternya.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan dari Zuraida perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat PKR negeri seperti yang didakwa oleh Shuhaimi dan Amirudin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722