Katanya, penyakit yang dihadapi Adun Pengkalan Kubur itu agak serius dan sudah beberapa berulang alik ke luar negara bagi mendapat rawatan.
Difahamkan juga pada Ramadan lalu seorang Naib Presiden Umno datang menziarahi Adun terbabit, yang juga merupakan pemimpin kanan Umno di Kelantan.
Malah Adun terbabit juga difahamkan lebih banyak berehat di rumahnya di Kuala Lumpur.
Laman sosial facebook miliknya juga tidak lagi aktif dan tiada aktiviti baru dipaparkan.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri 24 dan 25 Jun lalu, Adun berkenaan tidak hadir.
Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob mengumumkan pada pembukaan persidangan itu Adun terbabit memohon cuti. -HARAKAHDAILY