MSO
Berita dari Kota Bharu mengenai keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas sedikit tidak menyenangkan apabila majlis itu membuat keputusan menyokong Abdul Khalid Ibrahim agar terus menjadi MB Selangor. Ketetapan itu mengecewakan PKR dan DAP sudah diduga awal-awal apabila kurang 24 jam sebelum majlis itu bermesyuarat di Putik Kota Bharu, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pediriannya menyokong pandangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Khalid dikekalkan sebagai MB.
Suara Nik Aziz dilihat sebagai suara keramat dalam Pas satu penerimaan yang tidak berpelembagaan. Walaupun tidak semua pandangan dan pendirian Nik Aziz betul dan tepat baik dari segi agama dan politik, tetapi ahli Pas yang taksub menganggap kata-kata Nik Aziz sebagai benar.
Keputusan mesyuarat MSU seperti mana dilaporkan, Khalid adalah MB Selangor dan tindakan terhadapnya tidak boleh diambil selagi dia tidak disahkan menyalahi syariat oleh undang-undang seperti SPRM dan mahkamah atau didapati bersalah melakukan rasuah. Pas bertegas dalam soal ini dan utuh menunjukkan parti itu paling Islamik.
Laporan setebat 24 muka surat berhubung integriti Khalid (keraguan menyelesaikan hutang bank RM70 juta) yang disediakan PKR dan telah dikirimkan kepada Nik Aziz, Abdul Hadi Awang dan Mustapa Ali tidak memberi apa-apa kesan dan menjadi petunjuk kepada MSU bagi menyuluh keperibadian Khalid. Kunjungan Khalid kepada Nik Aziz dan kunjungan Abdul Hadi dan Mustapa Ali kepada Khalid telah memuktamadkan segala cerita. Ramai yang tidak tahu hakikat ini.
Jadi kerja PKR adalah sia-sia sahaja dan langsung tidak dipandang oleh MSU Pas itu dan elok laporan itu dibangkul sampahkan.
MSU mengambil pendirian Khalid tidak bersalah selagi ianya tidak dibuktikan secara perundangan. Begitulah idealisnya MSU dalam membuat penilaian terhadap Khalid atau kasus kali ini tanpa langsung mengambil pendekatan siasah dan dilihat dari sudut implikasi politiknya. Ketelusan MSU Pas itu mungkin boleh dipuji tetapi, kebijaksanaanya boleh dipersoal dan dipertikaikan.
Apa yang diputuskan oleh MSU itu sudah tentu ia juga akan menjadi keputusan atau dibincang (diterima) dalam mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pada 10 Ogos ini. Keputusan MSU itu seakan ianya perlu diguna pakai oleh jawatankuasa kerja. Itulah taktik disebalik kenapa MSU bersidang lebih awal dan pelik daripada biasa, mengadakan mesyuarat sebelum jawatankuasa kerja bermesyuarat membincangkan soal MB Selangor dan implikasi politik terhadap Pakatan Rakyat itu.
Tindakan songsang ini sekali lagi dilihat ianya mentauladani apa yang dilakukan oleh presiden parti yang membuat pendirian bertentangan dengan keputusan parti dan membingungkan pemerhati parti. Selalunya MSU menjadi pemantau atau penyemak kepada keputusan dibuat jawatankuasa kerja Pas terutama dalam soal-soal berhubung dengan syariat seperti mana disebut dalam Fasal 8 (1) (a), (b) dan (c) mengenai tanggungjawab dan fungsinya.
Apabila MSU bermesyuat lebih awal seolah-olah badan ini cuba mengawal dan mempengaruhi apa-apa keputusan yang bertentangan dengan kehendaknya. Anih juga macam mana badan ini sudah mengetahui salah atau tidak, (Khalid) sedangkan ia tidak dibincang diperingkat Jawatankuasa kerja parti. Tindakan badan ini menanti kesahihan kesalahan Khalid tanpa melihat kepada senarionya menampakkan akan kecetekan taktikal politik MSU.
Pelik juga jawatankuasa kerja belum pun memberi input tetapi keputusan sudah dibuat. Ibarat biacara belum lagi bermula tetapi hukuman telah dijatuhi. Inilah yang dikatakan pelik. Dan apakah tindakan ini adil dan Islamik?
Apakah mereka yang menganggotai MSU terdiri daripada ahli kasyafah dan makrifat? Atau pun mereka juga dibatasi oleh kehendak-kehendak politik lain yang berada di dalam jubah dan belitan serban mereka?
Cara dan tindakan badan ini juga, meletakkan darjatnya lebih rendah daripada jawatankuasa kerja Pas? Tindakan MSU itu juga menyerlahkan ada elemeh politik dalam badan berkenaan. Ini sudah mencemari kesucian dan keputihan badan berkenaan seperti mana disebut dalam tugas dan tanggungjawab dalam perlembagaan iaitu menjadi pemantau dan penyemak berhubung soal membabitkan hukum hakam.
Apabila disebut pemantau badan itu harus berada di atas di bawah atau dibelakang dan depan agar kesilapan sebenar dilihat. Hal-hal yang menjadi tanggungjawab utamanya ialah memastikan perjalanan Pas senantiasa mematuhi kehendak Quran. Terlibat dalam keputusan berbau politik tidak dibenarkan sama sekali dan bertentangan dengan pendirian dan maruah badan berkenaan.
Cara MSU itu seolah menyakini mereka benar seratus peratus berdasarkan maklumat yang diterima. Sejauh manakah akuratnya sumber maklumat diterima sebelum membuat ketetapan itu. Apakah DNA maklumat diguna pakai itu tidak terusik dan bercampur dengan elemen lain? Misalnya tahi ayam?
Apabila MSU mempedulikan isu ini dan mempertahankan Khalid kerana tidak bersalah, jelas MSU sudah mencampuri urusan politik. Lagipun hal Khalid ini bukan hak Pas seratus peratus, tetapi ia juga hak PKR dan juga DAP. Sewajarnya MSU kena mengambil kira pandangan daripada PKR dan juga DAP kerana ia adalah isu dan subjek bersama? Kalau MSU hendak memberi taufik dan hidayah kepada jawatankuasa kerja, tetapi mereka juga perlu membaca natijah politik sebab parti itu parti politik bukan sebuah gerakan Islam haraki seratus peratus.
Logiknya apabila MSU membuat keputusan tidak ada siapa akan membantah keputusan itu. Keputusan MSU adalah tetap dan sesuatu yang mutlak dan haram dibantah. Sesiapa menentangnya akan dianggap sebagai tidak mematuhi parti dan wala' kepada pimpinan dan mereka akan direjam secukupnya. Media baru khasnya whatsaap akan merejamnya.
Jadi apabila MSU bersidang awal dan membuat ketetapan yang dikira mempengaruhi atau memberi taufik dan hidayat kepada jawatankuasa kerja Pas ia menjadi songsang kalak. Kesongsongan ini pula pasti akan ditafsirkan bahawa MSU ada bermain politik yang tersirat tetapi sudah dapat dibaca sejak kelmarin dahulu lagi.
Dengan perkembangan ini jawatankuasa kerja Pas tidak perlu lagi bersidang pasa 10 Ogos ini. Kerana kalau pun bersidang dan keputusannya berbeza dengan MSU ia akan dianggap sebagai menderhaka dan tidak wala' kepada pemimpin. Kalau pun bersidang hanya untuk endorse ketetapan yang sudah dibuat oleh para mualim Pas dalam majlis berkenaan. Persidangan hanya membuang masa.
Persoalan timbul dimanakah pula kuasa eksekutif parti dalam soal ini yang ada kepada jawatankuasa kerja Pas? Jawatankuasa kerja Pas adalah dilantik dalam muktamar Pas dimana ia mewakili suara ahli Pas dari akar umbi di seluruh negara. Berbeza dengan MSU yang dilantik oleh Dewan Harian Pas. MSU hanya diberi mandat khas dalam aspek agama, (hukum hakam) ia bertindak sebagai badan rujukan sahaja dan membuat keputusan dalam hal-hak meragukan.
Songsong dikatakan kerana badan yang dilantik menjadi kuasa pemutus, tetapi badan yang dipilih rakyat pula kena akur kepada badan yang dilantik. Kalau inilah keadaan maka Pas tidak memerlu kepada Jawatankuasa kerja dan ia hanya memerlukan MSU sahaja. Tidak perlu ada agenda pemilihan pemimpin dalam Pas sebab ia tidak diguna dan dihormati.
Mungkin ada kebenaran atas ketetapan dibuat MSU itu berdasarkan syariat berhubung Khalid itu. Tetapi dalam isu Khalid itu ia bukan isu agama, tetapi lebih kepada politik. (Mungkin ada yang pertahankan bahawa agama mencakupi semua sekali). Khalid hendak digugurkan atas maslahat politik bukan soal dia menyalahi hukum agama atau tidak. Atau pun tindakan perlu dan boleh diambil setelah disahkan menyalahi hukum agama.
Perlu difahami tidak semua keputusan dalam politik demokrasi yang diamalkan hari ini memerlukan kepada keputusan dari konteks agama. Dalam Pas sendiri ada kesalahan yang tidak sahkan oleh pendekatan agama diambil tindakan. Orang yang tidak disahkan oleh hukum agama dikecam habis-habisan. Apakah MSU mempedulikan hal ini?
Mengenai isu Khalid Ibrahim itu, dalam pemerhatian PKR, pihaknya tidak untung kalau memeprtahankan Khalid kerana aksi dan ulah MB itu merugikan Pakatan Rakyat.
Selain itu MSU juga dalam mempertahankan Khalid meganggap ianya sebagai hak bersama. Peranan diambil kerana isu Khalid adalah juga tanggungjawab Pas. Sejauh manakah hak bersama itu ditanggung dan dihormati oleh MSU berhubung perkembangan politik dalam Pakatan Rakyat. Macam mana pula dengan hak bersama di Pulau Pinang atau di Kedah yang dimilik atau diberikan kepada PKR dan DAP?
Kalau betul atas hak bersama yang adil, seharusnya MSU juga turut sama memantau perkembangan politik di Pulau Pinang atas kedudukan DAP sebagai rakan Pakyat Rakyat dimana Pas ada hak bersama di itu. Dan orang juga akan boleh mempersoalkan dimanakah hak bersama yang ada kepada PKR dan DAP untuk menegur Pas baik di Kedah dan Kelantan. MSU perlu cerah mata dan mempunyai mata lalat dalam hal ini dan bukannya mata lembu semata-mata.
Berbalik kepada mesyuarat jawatankuasa Pas 10 Ogos nanti ia akan menjadi medan perdebatan antara ahli jawatankuasa Pas. Sudah tentu akan ada pihak yang menolak pendirian MSU itu dan ada yang sanggup dikecam hatta dikenakan tindakan disiplin gara-gara mengambil pendirian berbeza.
Mesyuarat itu nanti sungguh mencemaskan dan bakal memberi petanda baru kepada Pas. Landskap politik Pas akan berubah. Apakah petanda itu, setiap daripada kita sudah dapat meramalkannya? Saya tidak mahu huraikan di sini untuk waktu ini.
Nik Aziz juga sokong Khalid. |