Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Penjara Sabah sesak

$
0
0

Jabatan saran penjara dengan kapasiti 1,000 dibina di Lahad Datu.


penjara



KOTA KINABALU: Penjara Sabah semakin sesak kerana peningkatan banduan yang kini berjumlah lebih daripada 6,000, iaitu angka yang jauh melebihi kapasiti 3 penjara di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu  iaitu 5,500.

“Lebih 53 peratus daripada banduan di penjara Sabah adalah rakyat dari Filipina dan Indonesia, manakala selebihnya adalah penduduk tempatan,” kata Pengarah Penjara Negeri, Abdul Basir Mohammad.

Beliau berkata ketika mengulas penyerahan tugas oleh Ketua Pusat Penjara Kota Kinabalu, Suria Idris kepada Ajidin Salleh pada hari Isnin.

Disebabkan terlebih kapasiti, beliau berkata beberapa tahanan dari Sabah terpaksa dipindahkan ke Labuan untuk mengurangkan kesesakan.

Menjawab soalan mengenai bagaimana sistem Penjara Sabah menghadapi operasi berterusan polis terhadap pendatang tanpa izin, Basir berkata jabatan itu tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa menerima orang ditahan oleh polis dan anggota penguatkuasa undang-undang.

Basir juga mendedahkan bahawa jabatan itu akan turut menyarankan sebuah penjara baru dengan kapasiti 1,000 orang untuk dibina di Lahad Datu.

Basir memberi jaminan bahawa keadaan masih ‘terkawal’ dan mampu diuruskan, dan menambah jabatan itu sudah membuat beberapa pendekatan untuk menangani masalah itu, termasuk mengkategorikan jenis jenayah yang dilakukan, pemantauan serta mengurangkan tempoh hukuman penjara.

“Kami juga mengkaji pelbagai strategi, polisi dan cadangan yang terdapat dalam sistem penjara di negara-negara lain untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan penghuni di penjara di sini,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722