KUALA LUMPUR - Proton menawarkan rebat bernilai sehingga RM8,000 bagi model-model terpilih semasa promosi Aidilfitri selama tiga hari di semua bilik pameran Proton di seluruh negara, bermula Jumaat ini.
Proton dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanggan boleh mendapatkan servis penyenggaraan kereta berjadual percuma sehingga tiga tahun dan kadar faedah serendah 2.65 peratus semasa tempoh promosi itu.
Model-model terpilih itu juga disertakan dengan jaminan sehingga lima tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.
"Pemilik kereta Proton yang ada sekarang juga boleh menikmati pemeriksaan 20 mata percuma semasa tempoh tiga hari itu dan berjimat sehingga 45 peratus bagi penukaran minyak enjin," kata syarikat itu. - Bernama