KL TODAY
Aqsa Syarif yang merupakan salah satu tulang belakang pergerakan ‘Boikot Israel’ telah menyelar perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McDonald’s Dungun tempoh hari.Mereka meminta kumpulan yang terlibat supaya mengawal diri dan tidak melakukan tindakan yang melampau serta melanggar batas undang-undang.
Tindakan liar dan melampau tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot. Ia sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta benda awam (vandalisme).
Tindakan liar dan melampau tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot. Ia sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta benda awam (vandalisme).
Mereka dikatakan telah membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai premis McDonald’s tersebut.
Di dalam kenyataan yang telah disuarakan oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor di Facebook, dia amat kesal dengan insiden tersebut.
Beliau menekankan bahawa sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil untuk mengenakan tekanan, ia tidak bermakna tindakan secara fizikal mahu pun lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi kepada pemilik premis dan pekerjanya dibenarkan.
“Aqsa Syarif menyarankan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini diulangi oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demonstrasi atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis McDonald’s”