KL TODAY
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang dari parti PAS, Hanipa Maidin berkata beliau lebih sayangkan parti berbanding presidennya sendiri.
Menurut Hanipa, presiden PAS boleh datang dan pergi namun kita harus kekalkan apa yang telah dipersetujui demi mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
Menurut Hanipa, presiden PAS boleh datang dan pergi namun kita harus kekalkan apa yang telah dipersetujui demi mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
“Dalam perlembagaan PAS, presiden kami tiada ‘kuasa veto’.
“Oleh itu saya menyatakan, apa yang dikatakan oleh presiden adalah pendapat peribadi beliau,” katanya dalam forum bertajuk ‘Mengapa Khalid harus berhenti’ anjuran Kelab Bangsar Utama.
Beliau yang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata,10 Ogos ini adalah hari penentuan untuk mengetahui keputusan PAS berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.
“Sepatutnya PAS sudah membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dipersetujui oleh PKR dan DAP.
“Namun mungkin kita perlu mendapatkan keputusan yang muktamad dan saya yakin mesyuarat nanti akan mencapai keputusan yang sama seperti apa yang telah di persetujui oleh dengan PKR dan DAP,” jelasnya.
Tambah beliau, masalahnya adalah ramai rakyat tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku dan hanya melihat seolah-oleh Menteri Besar telah berjaya memerintah Selangor dengan baik.
“Saya berpendapat, di dalam Pakatan Rakyat (PR) segala keputusan dalam apa-apa isu tidak boleh dominan dan kita harus sentiasa berlandaskan dasar konsensus.
“Apabila PAS menerima satu keputusan dalam PR, saya mengharapkan PAS akur dan menuruti konsensus bersama.
“Khalid perlu sedar dan berundur dengan cara yang baik dan tidak perlu menunggu sehingga keputusan dibuat oleh PR.
“Saya juga tiada masalah sekiranya ada yang mencalonkan menteri besar daripada parti DAP,” ujarnya.