Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Lazimnya, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya dibuat bagi menuduh seseorang individu lain melakukan kesalahan rasuah, bukan sebaliknya.
Namun, Pejabat Menteri Besar Selangor melalui Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Yasid Bidin berbuat demikian terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pengetahuan Menteri Besar itu kerana yakin tidak bersalah.
“Ini surat aduan salah laku yang dikatakan dilakukan Menteri Besar. Saya sebagai pegawai Menteri Besar rasa bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan kepada SPRM.
“Tan Sri yakin di pihak benar. Perkara ini diserahkan kepada SPRM untuk menentukan dakwaan itu betul atau tidak,” katanya pada sidang media di pejabat SPRM Selangor, di sini, hari ini.
Tindakan sedemikian dipercayai pertama kali dilakukan ahli politik di negara ini.
Tindakan itu dibuat berikutan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution membuat dakwaan terbuka terhadap Abdul Khalid melalui nota 91 halaman ‘salah laku’.
Bagaimanapun, Saifuddin tidak membuat laporan kepada SPRM sekalipun dicadang Abdul Khalid sendiri.
Kandungan nota 91 muka surat itu diserah kepada SPRM bagi membolehkan suruhanjaya itu melakukan siasatan.
Selain Yasid turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Bidin Mustapha Talib.
Surat Kepada SPRM Untuk Menyiasat Laporan Salah Laku : Klik di sini- FZL