MALAYSIAKINI
Sebuah NGO yang terdiri daripada tenaga akademik dan profesional merayu supaya Pakatan Rakyat tidak memilih pilihan raya negeri sebagai langkah penyelesaian bagi kemelut yang melanda negeri Selangor.
Timbalan Presiden Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN), Mazli Noor berkata sekiranya pilihan raya negeri diadakan, ia akan menyusahkan rakyat, menimbulkan beban kewangan kerajaan dan tidak menghormati mandat rakyat.
"ILMUAN benar-benar merayu kepada pihak berkenaan agar tidak sekali-kali memilih langkah penyelesaian melalui sebuah pilihan raya semula," katanya dalam kenyataan semalam.
Selain itu, beliau berkata, pemimpin parti politik perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan berbanding kepentingan organisasi dan peribadi bagi menyelesaikan kemelut yang melanda Selangor.
Beliau juga menegur pimpinan Pakatan yang dilihat tidak mencapai kata sepakat sehingga wujud persepsi ada pertelagahan dalam isu jawatan menteri besar negeri itu.
Justeru, Mazli berkata, kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak berhubung kedudukan populariti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu diambil kira oleh Pakatan sebelum mempertimbangkan sama ada mengekal atau mengganti menteri besar sedia ada.
'BN jangan ambil kesempatan'
Beliau turut menggesa pemimpin pembangkang Selangor daripada BN tidak mengambil kesempatan atas isu tersebut kerana ia akan menambah kecelaruan serta membawa kerugian kepada rakyat.
Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu penggantian menteri besar Selangor akan diselesaikan dengan cara baik berdasarkan semangat Pakatan melalui peralihan lancar, tidak kira sama ada melalui undi tidak percaya atau pilihan raya raya baru.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada alasan untuk mengadakan pilihan raya semula di Selangor memandangkan BN cuma mempunyai 12 daripada 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tambahan lagi, katanya, pilihan raya umum baru sahaja berlangsung 15 bulan lalu.