Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Curi pasir masih berlaku di Perak, kata MB

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Kerajaan negeri Perak mendapati kegiatan mencuri pasir masih berlaku di negeri ini dengan berselindung di sebalik kedai perkakasan logam untuk mengaburi pihak berkuasa.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (bawah) berkata pasir yang dicuri dibawa dan disimpan di kedai perkakasan logam berkenaan sebelum dijual.

"Mereka menggunakan kaedah licik. Apa yang kita tahu ada kedai perkakasan logam yang sememangnya menjual pasir tetapi dalam kuantiti yang kecil untuk dijual kepada pembeli... satu lori ataupun tak sampai satu lori.

"Oleh itu, mereka (pengusaha pasir haram) menggunakan kedai perkakasan logam untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata maklumat mengenai kegiatan itu diperoleh daripada jawatankuasa khas bagi membanteras kecurian pasir yang ditubuhkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Zambry berkata maklumat dan lokasi kedai perkakasan logam terlibat telah diperoleh dan tindakan akan diambil terhadap mereka jika didapati bersalah.

Beliau berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan polis dan Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menangani kegiatan mencuri pasir di negeri ini.

"Kita tidak mahu melindungi mana-mana pihak kerana ada tuduhan yang mereka dilindungi pihak berkuasa tertentu, pihak berkuasa negeri, pejabat daerah dan sebagainya," katanya.- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722