Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MP PAS samakan isu MB seperti kes pecat Anwar

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Selain dua tokoh utama PAS mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim disingkir sebagai menteri besar Selangor, seorang lagi pemimpin PAS secara terbuka mahu tokoh PKR tersebut kekal jawatan itu.

Nasrudin Hasan yang juga jawatankuasa PAS Pusat menyamakan kemelut penyingkiran Khalid seperti kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 ekoran tuduhan liwat.

Walaupun parti mengarahkan supaya "menutup mulut" berhubung isu pertukaran MB, namun Nasrudin tetap mempersoal kewajaran tindakan itu terhadap Khalid dan wajar dibela sepertimana dilakukan PAS terhadap Anwar.

"Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diperlakukan oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagaimana Tun Mahathir (Mohamad) melakukannya ke atas beliau?

"Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa TSKI dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ?

"Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela TSKI (Tan Sri Khalid Ibrahim)?" tulis Nasrudin dalam laman Facebooknya.

Mengimbau gerakan membela Anwar sewaktu krisis pemecatan dengan penubuhan GERAK yang diketuai Presiden PAS ketika itu Fadhil Nor, Nasrudin berkata sokongan yang sama perlu ditunjukkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Rakyat bangkit dan membela DSAI. Mereka tidak anggap ini masalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah.

"DSAI mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela DSAI ialah PAS.

"Saya kira andai TSKI disingkir oleh DSAI dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela TSKI yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2!" kata Nasrudin.
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722