MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pihaknya akan menyiasat semua demonstrasi yang didakwa tidak mengikut Akta Perhimpunan Aman, termasuk perhimpunan 'Protes Pensel Merah' pada 4 Januari lalu.
Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh sekumpulan wartawan yang dikenali Gerakan Media Marah (GERAMM) diadakan bagi membantah penggantungan akhbar mingguan The Heat pada pertengahan bulan lalu.
"Tak kira siapalah (perhimpunan) pensel merah ke atau pensel biru ke, kita akan panggil (penganjurnya).
"Apa juga bentuk demonstrasi, perhimpunan, mesti mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Apa yang payahnya, bagi bagi notis kepada polis, dan pois akan beritahu waktu ini (sesuai). Apa salahnya beritahu kita.
"Tetapi mereka sengaja tidak mahu beritahu kerana mereka mahu polis bertindak. Ini kerana tindakan polis itu akan diuar-uar di seluruh dunia.
"(Dengan menyatakan) polis Malaysia zalim, kami nak demo secara aman diperlaku secara sedemikian, betul tak?... Pada padangan saya, itu yang mereka hendak," katanya.
Khalid berkata tindakan pihak yang terlibat itu dilihat mahu polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak terhadap peserta himpunan dengan membawa water canon dan pemukul.
"Kami tahu apa yang kami perlu lakukan. Kita akan guna undang-undang yang ada. Saya nasihatkan mana-mana pihak atau puak untuk patuhi undang-undang," katanya.
Ditanya mengenai perkembangan menyiasat anggota polis yang mengasari petugas media - antara salah satu tuntutan GERAMM - Khalid berkata tindakan displin telah pun diambil kepada anggota terbabit.
"Ada (anggota polis) yang sudah diambil tindakan pun, tapi saya tidak ada butir di sini.
"Ya, tindakan displin akan diambil terhadap mereka yang telah dikenalpasti. Dan jika cukup keterangan untuk tuduh mereka di mahkamah kita akan kita tuduh mereka di mahkamah.
"Jika tidak cukup keterangan, kita akan ambil tindakan displin," katanya.