MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar percaya bahawa tiada demonstrasi yang boleh berlangsung dengan keadaan aman di negara ini.
"Banyak pihak mengatakan kita (polis) sepatutnya membenarkan demonstrasi... Mana ada (demonstrasi) yang aman. Setidak-tidaknya ada yang baling botol, ada yang kena tumbuk.
"Tidak pernah ada demonstrasi di negara kita yang benar-benar aman. Dan polis mengambil langkah-langkah yang patut untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku," katanya dalam wawancaranya bersama media di Bukit Aman.
Menurutnya lagi, mengikut Akta Perhimpunan Aman, polis berperanan memberi ruang kepada orang ramai untuk menyuarakan hasrat mereka dengan cara teratur.
Malah, katanya, polis berperanan untuk memudah cara perhimpunan supaya ia berjalan dengan teratur seperti yang ditetapkan dalam akta itu.
"Malangnya, mereka tidak mahu ikut. Lepas tu salahkan kita (polis) kerana tidak membenarkan demonstrasi aman.
"Dulu semasa Seksyen 27 Akta Polis, mereka tidak dibenarkan langsung berhimpun dan kita mengambil tindakan tidak membenarkannya.
"Tapi parlimen membuat undang-undang baru, Akta Perhimpunan Aman, kita akur dengan undang-undang baru dan kita mudah cara mereka berhimpun dan mereka perlu patuhi peruntukan undang-undang tersebut," katanya.
Khalid berkata demikian bagi mengulas perkembangan siasatan berhubung penemuan senjata tajam, bom petrol, kemeja-T dan bom sebelum perhimpunan BERSIH 2012 dan TURUN pada 31 Disember lalu.
Mengulas lanjut berhubung penemuan senjata tajam di bangunan Dayabumi sebelum perhimpunan membantah kenaikan kos barang sebelum sambutan ambang tahun baru, beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai petunjuk untuk mengaitkan senjata tersebut dengan individu atau kumpulan tertentu.
"Tapi senjata-senjata itu telah ditemui sebelum demonstrasi itu berjalan," katanya sambil menyatakan jangkaan lebih banyak protes pada tahun ini susulan kenaikan harga barang dan menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
Katanya, sebanyak 26 demonstrasi jalanan berlangsung sepanjang 2013 yang dianjurkan oleh NGO dan parti politik berkepentingan antaranya melibat isu Lynas, PTPTN, hak asasi kumpulan LGBT, kalimah Allah, kenaikan harga barang dan utiliti, dan kenaikan cukai taksiran DBKL.