Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jaminan MB, LUAS tak memadai, perlu ambilkira risiko El-Nino - AWER [TONTON VIDEO]

$
0
0
 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic



SHAH ALAM: Walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memberi jaminan tidak akan ada catuan air berikutan bekalan air mentah mencukupi, namun ianya tidak memadai apatah lagi dengan cuaca kering selain kadar taburan hujan yang sangat sedikit.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air Dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran berkata, kerajaan negeri tetap perlu melakukan catuan air secara berjadual dengan kadar segera bagi mengelakkan empangan terus berada pada paras kritikal sehingga memungkinkan krisis air berulang, malah dikhuatiri semakin teruk berbanding beberapa bulan lalu.

Sambil menghuraikan hujahnya, Piarapakaran berkata, kerajaan negeri perlu melakukan perancangan berdasarkan situasi cuaca yang sedang berlaku kini.

"Kita sudah ada jangkaan, di mana akan berlaku El Nino. Jika El Nino berlaku, seperti 1997 dan 1998, ia dalam kadar lemah. Tetapi dalam kadar lemah pun, ia menjejaskan Lembah Klang disebabkan itu. Adakah kita bersedia?

"Jadi dalam risiko kekurangan taburan hujan dan kemungkinan berlaku El Nino, saya rasa catuan air adalah satu tindakan yang lebih wajar," ujarnya kepada Antarapos sambil berkata, langkah tersebut akan memastikan kewujudan air dalam empangan untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Malah katanya, kerajaan negeri juga tidak boleh bergantung kepada jangkaan taburan hujan, kerana musim monsun perantaraan yang sepatutnya membawa hujan lebat berkemungkinan tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

"Taburan hujan yang tinggi hanya dibawa oleh monsun perantaraan yang membantu mengisi empangan. Monsun perantaraan yang lepas (Mac-April) membawa taburan hujan yang kurang.     
  
"Cara mereka buat jangkaan ini ibarat mereka sudah bercakap dengan Tuhan, sepertinya akan berlaku hujan dalam bulan September. Sebelum ini pun mereka kata dalam monsun perantaraan kita takkan ada masalah, tapi lihatlah, paras empangan Sungai Selangor tak naik," katanya beremosi.

Khalid semalam memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan melaksanakan program catuan air secara berjadual bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan walaupun musim kering melampau ketika ini.

Khalid juga menafikan dakwaan kononnya paras air di beberapa empangan di negeri ini masih di bawah paras minimum dan membimbangkan selain kerajaan negeri mempunyai beberapa opsyen bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga bulan November yang dijangka musim tengkujuh.

Menurut statistik laman web LUAS iaitu www.iwrims.luas.gov.my pada 31 Julai, paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (33.46%) dan Sungai Tinggi (47.39%).

Sikap Khalid yang seperti 'berpura-pura' mengetahui paras air itu dibidas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Charles berkata sekiranya catuan dan usaha penjimatan air tidak dilakukan segera, Selangor tiada lagi bekalan air untuk dicatu.

LIHAT VIDEO DI SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722