Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Harga barang di luar negara pun naik juga, kata Setiausaha KPDNKK

$
0
0

KEADILAN DAILY

 

basaruddin
Basaruddin (tengah) ketika ditemui delegasi AMK di Putrajaya



PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Basaruddin Sadali berkata, kenaikan harga barang tidak sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di luar negara.

“Soal kenaikan (harga barang) bukan berlaku di Malaysia sahaja, tetapi juga diluar negara. Kenaikan harga barang kita tak dapat kawal,” kata Basaruddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui delegasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) selepas serahan memorandum membantah kenaikan harga barang dan kosa sara hidup di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Basaruddin turut berkata bahawa kenaikan harga barang diakibatkan oleh bencana alam yang melanda Malaysia.

“Malaysia ini kalau bulan 11 (November), 12 (Disember) dan awal Januari memang banjir. Nelayan tak ke laut, sayur-sayur rosak dan sebagainya,” kata Basaruddin.

Naib Ketua AMK, Nazree Yunos dalam reaksi segeranya berkata, kenyataan tersebut tidak tepat, kerana kenaikan harga barang bukan sahaja berpunca daripda faktor cuaca, tetapi kesan kenaikan harga minyak dan kelemahan urus tadbir kerajaan.

“Kalau menteri cakap alasan cuaca, mesti ambil tanggungjawab macam mana nak selesaikan masalah ini.

“Masalah cuaca berulang sertiap tahun. Takkan masih mahu menggunakan alasan yang sama?

“Apa pun alasan, kerajaan harus bertanggungjawab atas kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Nazree kepada Keadilandaily.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722